Sabtu, 20 Ogos 2011

SSK - Selamat Malam ~


Hello ku ucap sambil tangan ku melambai
Hati ingin pulang ke alam mimpi yang santai
Suasana sepi jauh panggang dari api
Realiti haru-biru malam hingga ke pagi

Haiti dilanda bencana satu dunia haru
Tapi artis hollywood hanya mampu buat lagu
Perang kat timur takde orang bertindak
Nak jaga hubungan politik dengan semua pihak

Orang yang terang salah kau pandang sebelah mata
Setakat kaji illuminati kau buang masa
Jam pukul berapa? Jarum langsung tak gerak
Bukan setakat merompak orang sekarang culik budak

Kepala lembuk diarak …
Gereja dan masjid dibakar itu satu Malaysia?
Aku malas nak fikir dah pening kepala
Aku bukan menyindir tapi dunia yang gila

Kita pentingkan karier lupa nak hargai dunia
Dan dia pula pantas berlalu sekelip mata
Bila tiba masanya kita menutup mata
Semalat malam der selama-lamanya

Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam

Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam

Rentak hatimu susah sangat
Kau dah mula rimas dan muka kau penat
Jangan sampai kepala kau tersekat
Tiba lah masanya untuk berehat

Matikan lah enjin mu
Tutupkan lah tingkap mu
Tidurkan lah api mu
Sampai esok pagi baru menyala

Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam

Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam

Apa nak jadi dengan manusia harini?
Harapkan jaga dia bunuh rakan sendiri
Modus operandi Mona Fendi kembali
Takziah buat keluarga Dato’ Sosilawati

Orang mati sana sini nyawa dah tak berharga
Peragut tak kira mangsa perempuan mengandung warga tua
Kes rompak dan ragut semakin berleluasa
Remaja tak bersenjata ditembak di kepala

Hari baik bulan baik tapi ramai yang jadi jahat
Ramai nak hidip senang tanpa perlu susah penat
Banyak kematian dicatat semasa Ops sikap
Banyak bayi dibuang kerana si bapa silap

Ramai orang ditipu sebab nak cepat kaya
Muncul ramai Firaun baru dengan skim piramidnya
Ramai yang jadi Qarun bertuhankan harta
Orang berada masih menindas brader tak berdaya

Kita pentingkan karier lupa nak hargai dunia
Dan dia pula pantas berlalu sekelip mata
Bila tiba masanya kita menutup mata
Semalat malam der selama-lamanya

Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam

Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam

-------------------------------------------------------
haaa ~ terbaek kan lirik dia ~
lagu ni best kott ~
pesanan je sume tuhhh ~
xde nak cintan cintun nyee ~
jom layannnnn~~

Khamis, 18 Ogos 2011

jangan lupa namaku !!!

woahh !!
akhirnya !!
dapat jugak yang lagu Jangan Lupa Namaku by Pompa Bensin ~~
lagu nih tersangat larh best !
menusuk kalbu ! meruntun jiwa !
ini lagu arr ~ dia ost untuk citer Ramadhan Terakhir tuh ~
haishh ! nak dapat yang full nihh ~ sesape yang suka lagu nih kena like page Pompa Bensin sampai 5k a.k.a 5000 baru dia kuarkan yang full ~
then semalam da cukup 5k ~ so terkeluar larh lagu tu yang full ~
then cepat-cepat larh aku download ~
dengan ketidakpenuhan kesabaran ~ aku terus dengar ~ 
dari semalam ~ ke sahur ~ lepas sahur ~ sampai sekarang pon aku tengah dengar lagu nih..
best gilakk !!

sape Pompa Bensin nih ?? ~ aku pun tak tauu ~ tapi ni dia punyer info kat facebook ~

"POMPA BENSIN is a special project band formed in Kuala Lumpur, Malaysia in 2009. The group consists of AzmAiza Y (vocals) and AG (bass, guitar, keyboards & percussion), Andra Ahmad (Vocals & guitar) and Aidan Haliqa (vocals). All four members are involved" 

orang ramai duk kata yang :
AzmAiza Y = Azma Aizal Yusoof
Aidan Haliqa = Nadia Aqilah
Andra Ahmad = err~ yang ni tak tau sape ~


okeh² ~ jom layan lagu ni jap ~~



Ahad, 7 Ogos 2011

Kakidownload dan IDM

anda seorang kakidownload sejati ?
ingin menikmati kepuasan mendownload ?
gunakanlah internet download manager ~
ia akan meningkatkan lagi speed untuk mendownload anda ~
internet download manager atau IDM amatlah sesuai untuk semua kakidownload ~
sama ada kakidownload movie ~ drama ~ variety show ~ video ~ music ~
yang penting ianya sangat berguna ~



walaupun ada satu kelemahannya ~ anda terpaksa meng-crack-kan satu-satu version IDM terlebih dahulu sebelum menggunakannya ~ kerana ianya memerlukan serial key bagi menjadikannya bukan lagi satu version trial yang mempunyai tarikh luput selepas 30hari ~ kalau anda tidak mahu meng-crack-kan IDM itu ~ anda boleh membeli IDM itu dengan menggunakan wang anda sendiri ~

banyak version IDM yang ada di dunia internet ini ~ dan anda bolehlah meng-google semuanya ~
perlu diingatkan bahawa ~ satu-satu version itu mempunyai crack yang berbeza ~ serial key yang berbeza ~
anda hanya perlu mendownload dan meng-install IDM itu dan meng-crack-nya untuk menggunanya ~

disini aku nak share IDM v6.05 ~ sekali dengan patch dan crack nye ~ aku jumpa nih kat 4shared je ~ jadi memang patutlah aku share kot ~

nak download ? ~ klik IDM ~

Sabtu, 6 Ogos 2011

Nikmat ke ??

how should i wrote it ? just as clueless as always ~
huhu ~ ~
da 5 hari puasa . . esok hari ke-6 . .
tapi aku still tak dapat rasa macam puasa . .
perasaan tu tak tau larh camne nak describe-kan . .
yang penting perasaan nih tak same ngan puasa dulu-dulu . .
time jiwa kanak-kanak + remaja . .
sekarang nih aku rasa puasa macam tak puasa . .
kenapa rasa macam tu aku pun tak tau larh . .
lau dulu puasa . . . rasa letih sangat . . tak sabar nak berbuka . .
time kecik-kecik dulu . . selalu gi beli makanan sebelum waktu berbuka . .
nak makan lepas dah berbuka . . beli roti  ,  aiskrim , dan makanan ringan yang laen . .
sekarang nihh . . time puasa . . duk umah . . tengok tv . . men game . . tido . .
cam tak de nikmat puasa jek . .
dulu time puasa je mesti duk kat kampung . .
yelaa ~ dulu puasa time cuti ~ ujung tahun ~
best suasana kampung . .
walaupun puasa ~ tetap gi maen-maen . . .
macam tak puasa jekk . . pastu mula lah rasa letih . .
rasa nak berbuka . . hahaha . . . kanak-kanak-kan . .
biasalarhh ~~
tapi tak pe . . esok aku akan gi jalan-jalan ngan kawan . .
nak kasi penat sikit . . nak bagi tak sabar nak berbuka . . hehe
ok-ok 
tidur time ~ nak sahur  ! ~

Jumaat, 5 Ogos 2011

Di Sebalik Tabir 23/10/1990

okehh . .
ari ni aku nak kongsi sket sal tarikh aku dilahirkan . . .
saja je nak update sal nihh . .
xde kena mengena ngan sape-sape ehh ~~
jom kita tengokk ~~~

. . . . .

Seseorang yang lahir dalam bulan RabiulAkhir : 3@4 RabiulAkhir 1411 .

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.

wahh ~ agak ganas sket yerr . . .
ade la yang terkena sikit tuh . .  hehehe

. . . . .

Seseorang yang lahir dalam bulan Oktober : 23hb Oktober 1990 . . .

        *Kajian ni dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah . . .
  •     Suka berbual.
  •     Suka orang yang sayang padanya.
  •     Suka ambil jalan tengah.
  •     Sangat menawan & sopan santun.
  •     Kecantikan luar & dalam.
  •     Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  •     Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  •     Sentiasa berkawan.
  •     Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  •     Cepat marah.
  •     Macam pentingkan diri sendiri.
  •     Tidak menolong orang kecuali diminta.
  •     Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  •     Tidak suka terima pandangan orang lain.
  •     Emosi yang mudah terusik.
  •     Suka berangan & pandai bercakap.
  •     Emosi yang kelam kabut.
  •     Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  •     Suka melancong, bidang sastera & seni.
  •     Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  •     Romantik dalam percintaan.
  •     Mudah terusik hati & cemburu.
  •     Ambil berat tentang orang lain.
  •     Suka kegiatan luar.
  •     orang yang adil.
  •     Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  •     Mudah patah semangat

yang nih ~ nak cakap cmne ek ??
aku rasa cam 99.99% ade laaa . .
boleh kata tepat jugak lahh yang nihh . .

. . . . .

Seseorang yang berzodiak Scorpio : Scorpio 23hb Oktober - 21hb November. . . 

dalam English daaa . . .
nak buat camne lagi dah zodiac² ni sume mat salleh yang buat . .

Scorpio men are enigmatic and appealing. They have a steely exterior but possess much sensitivity. Men born under this sign are moody and need emotional "space." They are secretive and keep everyone at a distance. They prefer the stability of home and hearth. Scorpio men enjoy being part of their children's upbringing. They can be demanding in their family relationships, but their actions are generally motivated by love. Career success means a lot, but they never mistake it for personal achievement.

. . . .  . .

sumer nihh ~ aku dapat dari google ~~
lau korang nak tau sal tarikh lahir korang ~  silalah meng-google ye ~~ :)
jom bersahur !~

Isnin, 1 Ogos 2011

Ke-keliru-an Once Again ~

Cofnsue ~

Kelriu ~ ~ 



yezzaa ~ itu yang berlaku buat kesekian kalinya . .
disaat aku bergumbira . . bersenang-lenang . .

dan seperti tiada apa-apa masalah . .

nahhh ~ dia datang sekali lagi . . .


nak ke tak nak ? ?
betul ke salah ? ?
kiri ke kanan ? ?
 semuanya penuh dengan ke-keliru-an . .
sampai tak tau nak pilih yang mane . .
arghhh !!


saye sebagai seorang yang clueless lagi noob . . . 
ternyata benar sekali ~ aku amat sukar membuat pilihan . . .
mahu ke kanan kah ? ke kiri kah ? 
aiyooo ~ banyak pusing wooo ~~


kan salah pilih ~ merana idup nih . . . 
nak buat pilihan yang tepat macam mane ? 
da aku tak tau macam mane kesudahan satu-satu pilihan tuh . .
wuuuuu ~ sadis sekali perkara macam nih ~~
wuuuuuuuuuuuuuu . . sedihnyeee ~~



berserah pade yang Maha Esa dah laa . .
aku terima semua yang Dia tetapkan . . 
dan aku yakin semua itu adalah yang terbaik untuk aku . . . 
dan juga untuk men-setel-kan ke-keliru-an aku . .


ok - ok 
harap ke-keliru-an ini akan berakhir . .
nanti nak sahur dahh . .

Ahad, 31 Julai 2011

Tu diaaa~~ Dia mai dah. Dia Mai dahhhh. ~ ~




Dia datang ~ ~

sape ? ~

nak tahu tak sape nak datang ? ~




jom tengok kat bawah tuhhh . . .












































Sya'ban : jiran saya Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu Lailatulqadar & kedua² anaknya iaitu Sahur & Iftar..Mereka akan ditemani oleh ketiga² cucunya iaitu Rahmat, Barakah & Keampunan.. Mereka akan pulang selepas 30 hari...Oleh itu sambut dan layan lah mereka dengan ikhlas ~ ~
haaaa . . da tau kan sape nak datang ? ~
sume mesti tau kan ~ huhu
nak tau kehebatan bulan ramadhan tak ?
jom tgk kat bawah lagikk . . hehe











Hebatnya Ramadhan dimana Allah akan menjual Syurganya kepada kita dengan harga yang sangat murah dan Allah langsung tidak menjual Nerakanya seperti bulan² yang lain.. Murahnya syurga Ramadhan itu kita tidak mampu untuk membelinya dalam bulan² yang lain..Maka dengan itu wahai saudara seIslamku, marilah kita pakat membeli syurga bersama² sebelum kita beli persiapan raya..




Dulu time kecik ~ bulan puasa nih time cuti skola . .
so leh balik kampung ~ pastu kira beraya kat kampung terus larhh ~
best sangat time tuh ~
huhu . . sekarang nih . . bulan puasa da bukan time cuti daaa . .
time skolaa . . so cuti tak lame laaa . .
lagi-lagi da jadik budak Universiti nihh . . berpuasa kat Universiti . .
sahur ngan meggi ~ tak pun xbersahur langsung . .
bukak plak ngan nasi bungkus ~~
pastu time raye jee . . .berebut nak beli tiket bas untuk balik kampung time raya tuh . .







lau korang nak tau lagi pasal bulan Ramadhan nih . .
ade satu cara yang aku selalu guna . .
bleh kate 99.09% jugak la informasi yang aku nak.. aku cari kat sini ~~
En.Google ~ sume ade kat situ ~ kena pandai pilihlah yeee . .
okeh ~ aku pun da ngantuk nihhh . . mau tido dulu ~









Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ye ~~

~ p/s : Puasa dulu baru pikir nak raye ye ~


Jumaat, 15 Julai 2011

Date with my big Sista ~

yeehaaa ~ ~ ~
best woo date tuh ~ 
my big Sista tuh plan nak date kat kbmall . . tp aku tak de transport nak gi sane . .
dan disebabkan dia kesiankan aku . . tukar venue ke kb . . . 
(baik tul my big Sista nih) ~

......

tepat jam 2 petang ~ aku gi ke kb ~ 
uu ~ sampai aku dulu ~ 
my big Sista suh tunggu dia kat parkson . .
so aku tunggu dia kat parkson tuh . . 
sambil tunggu aku borak² luh ngan kawan aku yang keje kt parkson tuh . .
nasib baek ade dia . . lau tak . .habis satu kb tu aku pusing . . .
haha . . 

........

bila my big Sista sampai ~ 
cari tempat makan ~ 
pergi sane ~ pergi sini ~ tp last² gi makan kat pizza hut ~~
tapi kitaorang tak makan pizza pun ~~
aku suka coklat . . so my big Sista pun order la satu  coklat volcano untuk aku ~~
 sodapp tersentapp ~(walaupun tak habis) ~

dia order lasagna untuk dia ~
sambil makan ~ borak-borak lahh ~
macam-macam citer kuar ~ 

.........
da habis borak-borak . .
makan pon da tak selera . . hahaha . .
da kenyang daaa . .
balik lahh ~ huhu ~ kt pizza tuh ~ my big Sista yang belanja ~~
wuuuu ~ 
tanda terima kasih sebab aku tolong dia ~ :)

..............

huu...entry nih ditulis untuk my big Sista . .
terima kasih sebab belanja ~

 
nati belanja lagi yee :)

Sabtu, 9 Julai 2011

pening ~

  
pening ~
pening pening ~~
dan pening lagi ~~~


apa lagi aku nak cakap ~
dengan sikap kau yang macam tu ~ 
memang ternyata meningkatkan lagi kepeningan aku ~

 
kalau kau rasa tak puas hati . . sila luahkan . .
kalau kau rasa benci dengan aku . . sila serlahkan kebencian itu. .
kalau kau rasa menyampah dengan aku . . sila sampahkan aku . .
kalau kau rasa tiada apa-apa rasa . . jangan diam je . . bagitau la aku . .


tapi sikap kau yang mendiamkan diri ini buatkan aku bertambah kepeningan ~
aku yang senantiasa clueless . . bertambah clueless + blurr ~


aku tanye . . kau diam jee . . 
aku cakap sepatah . . kau senyum je . .
aku tanye kenapa senyum . . kau jawab tak de sebab..saje je . . .


aish ~ pening yang amat ~
yang aku tau sekarang nih . .
kau hanya seorang yang suka menyusahkan orang lain dengan mendiamkan diri ~
derhh ! sangat pening dengan sikap mu itu ~


disaat ini pening ku telah mencapai ke tahap bahaya . .
sampai sini je lah . . 
pening pening . .



p/s:
-penulisan entry kali ini adalah dibawah pemikiran fully-pening-
-jika dirimu berasa pening,sila bagitau ye-
-pening-

Rabu, 6 Julai 2011

kawan baek ???


 hurm . .
korang rasa la kan . . 
laki and pompuan ley tak jadi kawan baek ?
.........
.......
.....
....
...
..
.
aku pun tak pasti . .
orang cakap hubungan laki ngan pompuan tak de kawan² nih . .
yang ade . . pakwe makwe . . bf gf . . suami isteri . .
camtu je laa . .

orang cakap~
dalam persahabatan antara laki pompuan tuh mesti timbulnya rasa cinta . .
cinta yang berputik dan berkembang sepanjang perjalanan persahabatan tuh . .
wah² . . berbunga-bungaan gitu . .

macam tu ke lau laki pompuan jadik kawan baek ?
tak tau tak tau ~ wuuu
tapi disebabkan ada orang yang fikir macam tu . .
aku ngan kawan baek aku[pompuan] . .
terpaksa + dipaksa menjauh . .
dulu rapat gila ~ sekarang jauh gila macam langit dan bumi daaa ~
macam tu lahh . .
tapi kitaorang tak de la rapat macam orang couple² gitu . .
kawan kann ~ care for each other . .
bagi aku . . -friend are more than lovers- . .
sebab tu kalau aku berkawan . . aku memang treat dia sebagai kawan . .
aku nak jadik kawan yang baek la katakan ~ huuu
maybe sebab tu lah diorang cakap laki  pompuan tak leh jadi kawan baek . .

ingat dulu kat sekolah . .
aku duduk kat satu kerusi panjang ngan kawan baek aku . . 
tiba² de orang tanye couple ke ? . .
jawab je lah kawan baek . .
dia tak caye lak ~ cakap laki pompuan mne de kawan baek . .
adess ~ suka ati dia lahh . .

~~

so . . . .
lau korang tanya aku ~ 'laki pompuan leyh jadik kawan baek tak?'
aku akan jawab ye ye dan ye . .
tapi silalah jaga batas masing-masing yee . . 
jangan nak over plak ~ over dari pakwe makwe ke ~
lau nak over² ni haa makan dia ~
huhu . .

~~


ciao !
done ~


Selasa, 5 Julai 2011

kenangan ~~


hoi hoi ~ ~ 
kenangan yang terindah ~
zaman muda-muda dulu ~ 
weeee ~
kanak² manja ~
gambar tu time aku darjah6 ~

[sekarang ni da 21tahun ~]
 sekolah kat Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail Petra 2 [SKIP2] ~
kat sekolah ni jugak lah aku ambik UPSR dan berjaya dapat 5A ~
wahhh . . bangga² ~ huhu ~

sekolah SKIP2 nih asalnya macam menumpang larh kat SKIP1 ~
ade dua bangunan . . satu untuk SKIP1 dan satu lagi untuk SKIP2 ~
tapi kejap je larh ~
lepas tu SKIP2 da ade kawasan sendiri ~
nun jauh dekat satu sekolah nama SMK Dato Ahmad Maher ~
 

huuu . . tapi time SKIP2 berhijrah kesana ~ aku da graduate daa dari SKIP2 tuh ~
then . . lepas UPSR masuk laa sekolah menengah . .
SMK Ismail Petra[SMIP] pulak . .
dari SKIP jadi SMIP . . .
semua budak-budak kelas aku time darjah6 berpecah . .
ikut hati diorang je nak masuk sekolah mane . .
aku kat SMIP ade la 3,4 orang geng SKIP2 . .

huuu . .
kenangan terindah SKIP2 . .
sekarang sume da besar . .
ade yang da kawen . .
ade yang da tunang . .

ade yang da banyak kali break-up ngan kekasih masing-masing . .


tulahh . .
sume dengan citer masing-masing  . .
nanti kitaorang akan jumpa . .
reunion la katekan ~ walaupun saat-saat akhir plannye [xde la akhir sangat] ~
nak jumpa sume larh . . rupa macam mane . .
hensem ke comey ke . . 
kita tengoklah nanti camne sume orang tuh . . .
.....
...
..
.
done !
uuuu . . 


Sabtu, 2 Julai 2011

Transformers 3: Dark of the Moon

 
Transformers 3: Dark of the Moon
yesss...
tak sabar nak tengok . .
tapi apakan daya . .
kat kelantan xde cinema . .
wuuuu...
tp xpe . .
sebab aku adelah seorang pendownload tegar ~~
hahaha . . .
macam yang aku cakap kt sini [Download Jangan Tak Download] . . 
and sekali lagi . .
yezzzz . . 
sedang sabar menunggu kemunculan di site² download . .
sekarang ade yang versi CAM - rakaman ~
so kualiti memang low ~ . .
xboleh la nak download yang tuh . .
jadi aku kena tunggu lagi dalam 2,3minggu untuk versi DVDRip atau BLURAYRip . .
versi yang kualiti tip-top . . terbaek ! terganas nye larh ! . . 
ok . .
done . 
sekarang . 
bedtime . 
wuuu . .
zzz...

Jumaat, 1 Julai 2011

Perasaan

erm . . perasaan . . 
ape tuh ? haish ~~

perasaan is feeling okeyh . .
bukan perasan . . ye la kot ~ xtau xtau
tp kan . .
lately . .
aku nya perasaan ini agak . . agak . . ~
macam-macam lah perasaan yang ade . .

happy . .

 sedih . .

marah . .

kecewa . .

excited . .

hurm . . . . susah lah nak explain cmne perasaan tuh . .
yang aku tau sekarang nih aku rasa sangat blur . .

aku xtau ape yang aku rasa sekarang . .
hurmm...
sebab tu lahh...
aku dengan penuh ketidak-berperasaan cuba untuk update blog malam nih..
ehh..pagi nih..
...
dan disebabkan ianya penuh dengan ketidak-berperasaan . .
jadi contentnya pun xde laa berperasaan . .

okk...
bedtime..
ngantuk sudaaaa...

Khamis, 30 Jun 2011

Download Jangan Tak Download

yup yup . .
download jangan tak download . .
sejak cuti sem nih aku semakin rajin mendownload . .
tak kira laa muvii ke game ke software ke . .
sume aku rembat . .

. . . .

dan disebabkan aku guna broadband . .
mesti la ade limit kan ~
then aku ade terjumpa satu application . .
name dia Full Speed Boost[FSB] . .
    - Full Speed Boost will automatically configure and optimize your
    Windows Operation System and Internet Browser for optimal performance
    for your Internet connection,no matter what your connection type is. -

tu lah lebih kurang dia punye description . .
and ade satu lagi software . . name dia Cablenut . .
yang nih aku tak berapa nak tau larh . . sebab aku pakai sekali jek . .
pastu aku terus guna FSB tuh . . aku nye speed laju lah . .
satu muvii 500mb paling laju aku donload dalam masa 30minit . .
laju kan ? kan ? boleh tahan larh . .

. . . .

da disebabkan itu lah . .
aku donload je pe yg aku jumpa kat blog-blog aku selalu melawat . .
dan bila kerajaan Malaysia ban 10filesharing website . . .

aku terpaksa mengehadkan pilihan tempat nak donload . . . 
kena cari tempat yang tak share file kat website yang kena ban tuh . . .
jd aku tak bleyh la nk memilih sangat . .
aku ambik je ape yang ade . . [selalunye melalui mediafire]
pagi + petang + siang + malam ~ donload je keje aku . .
lau tak mendonload . . aku maen game + online fb je larh ~
da xde mende laen nak buat . .


. . . .

okeyh . . 
ni la site yg selalu aku donload-donload nih . . 
muvii + games + software - TeamAryzs . .
muvii - Kakidownload . .
english muvii - 300mbfilms . .
so . . kalau korang nak mendonload . .
sila kan lah ~ huhu . .